Tuesday, May 19, 2009

satu hari di mahkamah

emmm...semalam tak sempat nak menulis coz sibuk dengan filing submission n otoriti...hajat di hati nak uodate semlam tapi penat la plak...so sambil2 aku mengedit submission nih aku curi masa la gak tulis2 blog nih...

semalam after matter settle, aku n kawan aku pun balik. otw nak keluar dari mahkamah tu kat pintu belakang sesyen 2, (lokap okt) aku n kawan aku tu melihat satu scene yang sangatla menyayat hati...

saat pintu lokap di buka aku tengok seorang perempuan meluru ke arah pintu lokap. okt di bawa keluar. si perempuan terus menyambar lengan okt dengan air mata berjurai2. kemudian datang perempuan tua melakukan perkara yang sama sambil mengesat air mata yang mengalir...

aku dan kawan aku hanya terkedu melihat scene itu. persis dalam drama yusof aslam plak...seketika kemudian akumelihat okt turut mengalirkan air mata...hmmm... tapi salah siapa...

aku pun tak tau apa kes n hukuman yang dijatuhkan.tapi hopefully for those yang menyaksikan adegan itu tolongla amik sebagai pengajaran...pengalaman aku buat mitigasi kat okt walaupun sikit tapi dah cukup membuktikan bahawasanya aku tak layak buat criminal.aku tak sampai hati nak act zalim2...nak marah2...sebab yang akan datang jumpe aku adalah parents diorang...

satu kes yang aku mitigate alasan yang dia berikan pada aku tension sebab masalah rumah tangga...walopon aku macam nak marah, aku sabarkan diri...aku cuma mampu nasihatkan walo apapun, ingatla anak2...

aku buat bank pun aku tak sampai hati nak tekan2 diorang bile datang jumpa aku n explain y diorang tak bleh nak bayar. tapi apa boleh aku buat, aku bertindak to preserve my client's interest...so i have to act accordingly...

semoga apa yang terpapar di alam realiti jadi pengajaran buat kita semua. tak payah tengok cite mengarut2 macam bohsia, rempit v3 kerana mereka tak fikirkan effect tapi just keuntungan...

sayangila masa depan kita...

back to work...

No comments:

Post a Comment