Tuesday, May 26, 2009

di taman teman


tulus berkembang suci bunga

harum cinta kuntum syurga

burung berbisik tanpa dusta

mersik manja asyik fana


di kala malam tidurkan senja

bintang menjahit baju lena

sehingga fajar hindar purnama

kau masih setia


danau terbentang sejujurnya

tenang jiwa

hilang lara

saat ku jejaki tamanmu

benar indah amat indah


DIKALA LUKA TERLALU DALAM

SUNGGUHPUN MASIH TAK TERPADAM

HINGGA TERKADANG AKU BERDENDAM

KAU TETAP SETIA


WALAU JAUHKU BERLARI

WALAU JENUH KU MENCARI

TETAP SUNGGUH KAU TEMANI TANPA JEMU DAN BENCI

BIAR KU TELAN TANGISMU

BIARKU SIMPAN RESAHMU

MESKI KAU BUKAN MILIKKU

TEGUH KAU DI HATIKU


PERCAYALAH

KAU INDERALOKA

KAU KU SUSURI

BAHAGIA MU TEMAN DI TAMAN INI...

Monday, May 25, 2009

AKU RINDU NUPUN...

huuu...semalam aku mesej2 ngan nupun...sangat merindui beliau...kawan baik aku kat uia dulu... die sangat kool orangnya. kire kontra gile ngan aku yang sangat hot temper. selalunya kalo aku naik angin die yang kool kan aku...kalo tak ada la orang kene belasah aku... huuu...


beliau skang dah pakai kete tapi aku takut nak naik ngan die!hahahhaaa!!!jalan pun kadang2 langgar dinding ni plak kete!(sori pun atas pengakuan ikhlas aku nih!) hahahaaa!!! pastu ngan die n raziah aku selalu buat keje gile. masa final sem kitorang kuar uia naik kete yang disewa. si raziah takde lesen. sekali tengok polis trafik menedpeangkan tangan kat kitornag...habis!lokapla aku malam ni!kitorang jarit kat raziah!raz, jangan benti!!! pastu aku pandang belakang tu dia eh!berduyun kete polis!rupenye polis trafik tu nak mintak kitorang bagi laluan!pasu kitorang pe lagi, balik ah!hehehe!!!

las aku jumpe nupun masa aku nak file 6,7, n 8. masa aku nak balik kelantan, gile sedih aku...huuuu....pun...bile lagi kite akan berjumpe!tetibe, satu hari tu die kaborkan kat aku yang die dapat ag!makanya, die akan stay di kl!waaa!!!suke giler aku!!!nanti aku nak gi kl la!hehehee!!! die suh aku apply ag. die kata baghu2 nih ada lagi pegawai baghu masuk. nantila dulu pun,aku sayang title loyer aku nih!hihihihi!!!agak2 aku dah sedia nak tinggal mak n abah aku gi la mintak benda alah tuh!hahahahaa!!!


back to work!

satu hari yang sangatla tough dan memenatkan...

semalam gile bz aku.sampai facebook, blog n segala waktu dengannya tak sempatla aku nak tgk macam yang aku tgh buat skang!hahahaa!!!gile pe kene update bill untuk 800++ files.in one day.n bos nak petang tu jugak. naik juling mata aku depan pc.

pastu masa aku kat ct sorang2 bos tepon aku tanya bile nak balik. ish nak makan pun tak senang. aku masuk opis terus ngadap pc dari 11-15-4-15 non stop. balik umah tido!nasib baik file ari ni tak memerlukan aku membaca dengan khusyuknya! aku buat bodo jela ngan file tuh.

pastu dalam kul 6-30 ada plak kawan mak aku datang. mak kau kata jangan tido petang nanti kene rasuk ngan setan. hahahaaaa!!!dengkila tu tengok aku tido. makanya aku pun join la sekaki ngan derang yang makan betik sambil membincangkan isu semasa. ye la sangat. pasal betik pasal mata kucing kat tepi umah aku yang lebat berbuah. (tapi las2 tinggal tangkai je pasal kene curi!) marah betul aku!mata kucing pun nak curik! pastu pasal lembu, kambing, kucing. bosan gile perbincangan orang2 veteren nih!:p

pastu semua anak kucing aku nyibuk jek time orang nak minum soya bean. orang nak minum die pun nak minum jugak!bagi tak nak plak minum!sampaila kul 7-15 derang tak habis2 lagila duk bincang pasal isu semasa!sekali azan!ha menggelupur nak balik sorang2!jumpe hantu golek baghu tau!

time kul 8-15 ustazah adik aku datang ajar mengaji. duk la aku terlangok menengok. huhuhu... pastu tengok mentor yang bangang ya rabbi tuh! nanti aku nak pasang astro!mak aku tak bagi pun aku nak pasang gak! huhuhu! kul 10 aku dah tak tahan ngantuk aku pun tido.adik aku la plak nak stadi!ish!tido dalam keadaan lampu terpasang ni memang tak asyik langsung!so aku kuar umah main ngan anak2 kucing aku!lagi bes! oh ye, nama anak kucing aku dah dikomersilkan, nama brad pit, rosyam noor, siti nurhaliza n erra fazira!ngahahahhaaa!!!

pagi ni ada kucing parsi mana sesat datang umah aku! kalo tuan die tak datang amik, aku buh cop mohor kucing tu aku yang punya! huhuhu!!!

dah dah!melalut plak! back to work!

Thursday, May 21, 2009

apesal eh...

hari ni aku rasa berdebar2 je.tapi aku tak tau kenapa...dari malam semalam lagi sebenarnya...aku ingatkan adala file nakkena marah tapi takde pun...pastu aku duk la lagi rasa berdebar2.sampai masuk opis pun aku rasa berdebar2.nak buat keje pun tak best.

emmm...petang ni aku nak gi survey kereta ngan staf aku.tak taula aku masuk ke tak opis pasni...kalo urgent aku masuk la kalo tak kim salam.ish... awat asyik berdebar je nih...

back to work...

Tuesday, May 19, 2009

kata mak aku...

kata mak aku: jadila cikgu...mak dah belikan borang maktab...
kata aku: orang tak mau jadi cikgu...

kata mak aku: jangan makan nasik malam2 nanti gemuk.
kata aku: orang tak makan lagi tengahari ni tau...(pastu melantak sampai 2 pinggan)

kata mak aku: anak dara tak elok bangun lambat.nanti takde orang minang.
kata aku: hujung minggu je orang bleh bangun lambat...

kata mak aku: degil betulla budak ni!
kata aku: ikut perangai mak jugakla degil.

hahahahhahaaaa!!!
nasib baik mak aku tak reti main blog2 nih!kalo tak masak aku!

oi oi oi!
back to work!

satu hari di mahkamah

emmm...semalam tak sempat nak menulis coz sibuk dengan filing submission n otoriti...hajat di hati nak uodate semlam tapi penat la plak...so sambil2 aku mengedit submission nih aku curi masa la gak tulis2 blog nih...

semalam after matter settle, aku n kawan aku pun balik. otw nak keluar dari mahkamah tu kat pintu belakang sesyen 2, (lokap okt) aku n kawan aku tu melihat satu scene yang sangatla menyayat hati...

saat pintu lokap di buka aku tengok seorang perempuan meluru ke arah pintu lokap. okt di bawa keluar. si perempuan terus menyambar lengan okt dengan air mata berjurai2. kemudian datang perempuan tua melakukan perkara yang sama sambil mengesat air mata yang mengalir...

aku dan kawan aku hanya terkedu melihat scene itu. persis dalam drama yusof aslam plak...seketika kemudian akumelihat okt turut mengalirkan air mata...hmmm... tapi salah siapa...

aku pun tak tau apa kes n hukuman yang dijatuhkan.tapi hopefully for those yang menyaksikan adegan itu tolongla amik sebagai pengajaran...pengalaman aku buat mitigasi kat okt walaupun sikit tapi dah cukup membuktikan bahawasanya aku tak layak buat criminal.aku tak sampai hati nak act zalim2...nak marah2...sebab yang akan datang jumpe aku adalah parents diorang...

satu kes yang aku mitigate alasan yang dia berikan pada aku tension sebab masalah rumah tangga...walopon aku macam nak marah, aku sabarkan diri...aku cuma mampu nasihatkan walo apapun, ingatla anak2...

aku buat bank pun aku tak sampai hati nak tekan2 diorang bile datang jumpa aku n explain y diorang tak bleh nak bayar. tapi apa boleh aku buat, aku bertindak to preserve my client's interest...so i have to act accordingly...

semoga apa yang terpapar di alam realiti jadi pengajaran buat kita semua. tak payah tengok cite mengarut2 macam bohsia, rempit v3 kerana mereka tak fikirkan effect tapi just keuntungan...

sayangila masa depan kita...

back to work...

Sunday, May 17, 2009

aku dan baju pengantin!


di satu hari yang tragis ituh, aku gi ke kedai pengantin.gi ikut orang je pun.punyela seronok duk tengok orang try sana try sini aku pun teringin la jugak nak try.yang malang tu, semua tak padan ngan aku.gile sedih aku.akak kedai pengantin tu siap cakap kalo saiz aku ni kene jahit sendiri.amboi macam gemuk benau aku ni kan.
yang buat aku lagi sedih tuh,sume yang santek2 yang banyak manik2 yang pesen2 sume tak muat ngan aku.yang muat yang biasa2 jek n dah ketinggalan zaman. aku pun apa lagi, sebelum my big day tu datang,baiklah aku menyiapkan diri aku ni dulu ye tak.makanya aku dah mengamalkan diet yang agak melampau kot aku rasa.huhuhu. no more kfc nomore mcd...huuuuuu......
aku berkenan betul ngan set pelamin konsep bali tuh.harga die takla mahal sangat aku rasa.rm2,500 pakej.3 pasang baju, songket, lace n gaun.tapi aku rela pakai kain sarung dari gaun.uh uh uh!pastu pelamin kat luar dalam.ada plak gambar 50-60 pieces n macam2 lagila.pelamin tu memang cantik sampai ke la aku duk terbayang2 lagi.ih ih ih!melalut lagi!back to work!

selamat hari ibu...

emm...sempena hari ibu ni aku nak ucapkan tahniah n rasa kagum kepada semua ibu kat bumi ni especially mak aku...sory mak, tahun ni punye sambutan lambat sikit.maybe aku n my other siblings akan gabungkan sekali ngan hari bapa.so mak janganla ingat kitorang tak ingat. of course we all remember that special day...

lepas tu kepada semua kawan2 aku yang dah jadi ibu, to atul, nor, yan, n kawan2 aku yang bakal jadi ibu, cnur, laila, muni n muma...selamat hari ibu jugak.emm...duk mengira2 orang jadi ibu ni kalo mak aku baca blog ni aku kompon die akan komen, ko sibuk duk kira orang habih ko tu bile lagi?????aduyaii...satu soklan yang amat susah untuk dijawab oleh aku ini kerana apa???kerana ajal maut jodoh n pertemuan kan semuanya ditentukan olehnya...so, as a slave, kenala berdoa untuk yang terbaik.ye tak???hehehehehe...

aku rasa tu je kot yang nak melalut pun skang nih.heheheeeee!!!back to work!

hi to all readers!

emm...this is my 2nd blog after the first one.i do not really enjoy with the previous blog so i created my little diary to express what i feel and see...hopefully it can be my medium to share my thoughts and feeling juz in my little diary...